Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”. (14:7)
BERSYUKURLAH...
“Dan sedikit sahaja dari kalangan hamba-Ku yang bersyukur” (Saba 34: 13)
PESAN SAHABAT
“Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan kekal.
Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa,maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.”
"Dan bertaqwalah kamu kepada Allah nescaya Allah akan mengajar kamu. Dan Allah itu Maha Berilmu terhadap segala sesuatu” [Al-Baqarah 2: 282]
JOM BERAMAL
"Barang siapa yang mengerjakan amalan saleh, baik lelaki maupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dansesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan”
(Q.S. An-Nahl: 97)
JOM BERDOA
Daripada aisyah ra. bahawa Nabi saw pernah berdoa:
“Ya Allah, jadikanlah aku dari kalangan orang yang apabila berpeluang melakukan kebaikan, dia berasa gembira dan terhibur dengan kebaikan itu, dan apabila dia melakukan dosa dan kesalahan, dia akan bertaubat dan beristighfar dengan dosa dan kesalahan itu.”
BERWASPADALAH WAHAI WANITA...
Diperlihatkan kepadaku Neraka, sesungguhnya kebanyakan penghuninya adalah wanita, mereka itu mengkufuri”.
Lalu Baginda SAW ditanya: apakah mereka itu mengkufuri Allah?
Rasulullah SAW menjawab, “mereka itu mengkufuri suami (atau nikmat-nikmat berumahtangga), dan mereka mengkufuri Ihsan.
Tatkala kamu melakukan yang terbaik kepada salah seorang daripada mereka sepanjang tahun, tetapi kemudiannya dia melihat sesuatu yang tidak kena padamu, nescaya dia akan berkata (kepada suaminya): aku tidak nampak satu apa pun kebaikan padamu!”
TUNAIKANLAH AMANAH SBG PEMIMPIN
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan- Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. “(QS. At Tahrim: 6 )
JOM BERMUNAJAT
“Dan orang-orang yang berkata : “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan keturunan kami kesenangan hati, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”( QS. Al-Furqan : 74 )
TAFAKUR
“Tuhan, permudahkanlah urusan kami, jangan Kau susahkan. Jadikan hati-hati kami dekat pada-Mu. Jadikan jiwa-jiwa kami tidak gentar dengan ujian-Mu. Jadikan kami hamba-hamba yang bersyukur. Kami insan yang menzalimi diri kami, maka ampuni kami. Jika Engkau tidak mengampuni dan merahmati kami, sesungguhnya kami termasuk dalam golongan yang rugi. Jangan Kau jadikan kami golongan yang rugi, tetapi jadikanlah kami orang-orang yang berbakti.”
JANGAN LUPA
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir" (Riwayat Ahmad, Bukhari,Abu Daud &al-Tarmizi)
BERJIHADLAH
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang berperang untuk menegakkan kalimat (agama) Allah s.w.t. maka itu Fisabilillah" (Riwayat Bukhari, Muslim &Abu Daud dari Abu musa al-Asyari r.a)
HIDUP BERJIRAN
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang benar beriman kepada Allah s.w.t. dan hari kemudian maka janganlah mengganggu jirannya dan berpesan-pesan baiklah kamu terhadap jiran" (Riwayat Bukhari)